Tahun ini isu ini pula yang dibangkitkan ketika umat Islam hampir hendak menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang lalu. Saya bukanlah ahli atau pandai agama tetapi apabila isu ini dibangkitkan kita kenalah ambil perhatian kerana ia ada kaitan dengan hukum agama.
Jadi, apakah hukumnya menziarah kubur ibu-bapa, sanak saudara kita yang menjadi amalan umat Islam selepas solat sunat Aidil Ftri mahupun Aidil Adha? Saya hanya akan kongsikan video You Tube dan sama-samalah kita pertimbangkannya.
Rumusannya menziarahi kubur di pagi raya hanyalah adat, ia bukan haram ttapi mengapa hanya pada hari raya sahaja? Sunat menziarah kubur pada bila-bila masa bukan khusus semasa hari raya sahaja.