MONETIZATION DI YOU TUBE

So aku memang dah lompat masuk ke You Tube sejak Januari 20 2018.  Memanglah niat nak buat duit pun, hehehehe. Duit sampinganlah.

Syarat ketat untuk buat duit denganYou Tube  melalui video menjadi ketat apaila timbul satu kontroversi melibatkan You tuber terkenal Amerika Logan Paul yang memaparkan sebuah video yang mengerikan yang dirakam dalam sebuah hutan di Aokigahara, Jepun. Hutan itu adalah lokasi orang Jepun membunuh diri. Video tersebut menunjukkan mayat secara close-up dengan muka sahaja yang dikelabukan.

Sejak 17 Januari 2018, You tube pun ketatkan syarat untuk Creator (baru) buat duit bertujuan nak tapis dari Creator yang benar-benar jujur untuk buat duit daripada creator yang manipulasi You Tube untuk buat duit. Creator yg dah buat duit akan dikenakan syarat yang sama mulai 20 Februari 2018.

“only those channels will earn ad money through the YouTube Partner Program (YPP) which have over 4,000 hours of watchtime in the past 12 months, and at least 1,000 subscribers. This is a considerably higher threshold than the previous one, which allowed monetization based only on the requirement that the channel has 10,000 lifetime views.” Neowin

Syarat baru ini memang melibatkan ramai Creator dan mana-mana Channel yang melepasi tahap ambang yang ditetapkan akan ditapis secara manual untuk memastikan tidak ada apa-apa bahan yang menyalahi undang-undang sebelum mereka dimasukan ke YPP (You Tube Partner Program).

Melalui peraturan ini juga google mengharapkan akan dapat salurkan duit dari Youtuber yang tidak baik disamping mengawal daripada pengisian dengan video-video yang ofensif.

Google menasihatkan You tuber baru  atau/lama (yang tidak melepasi tapap ambang kelayakan) mengambil peluang menggunakan  Creator AcademyHelp Center, dan Creator Site untuk membina peminat masing-masing.

Sebenarnya terdapat banyak cara lagi untuk buat duit dengan You Tube, bukan sekadar upload video dan mendapat komisyen dari iklan yang diletakkan dalam videonya. Ada Yout Tuber buat duit melalui Affiliate. Antara affiliate account yang boleh bantu jana pendapatan ni ialah di Amazon. Katakanlah korang beli sesuatu produk di Amazon camera contohnya untuk shoot video. Maka letakkanlah jenama kamera itu di Description video dan link dengan akaun korang di Amazon. Satu contohlah.

Lain-lain affiliate pun boleh juga, just letak link account.

Kalau rajin boleh buat preview video dgn kerjasama syarikat, produk atau pihak-pihak tertentu. Tapi ni bukan jenis preview free ,acam kita pergi makan di satu restoran, ambil video kemudian syok sendiri post kat Channel.  Yg mcm tu just boleh dapat viewer je dan/atau subscriber. Nak buat paid review, pergi runding dengan owner business, berapa dia nak bayar untuk video review yang akan anda buat. Tapi nak buat Channel kita kena mantaplah dulu, Kalau setakat 1 atau 2 k tu maybe owner gelak je. Sb tu channel aku belum nak buat review lagi, sebab masih ciput. Tonton Channel Atta Halilintar sekadar nak bagi idea buat review.

Cuba korang masuk tengok antaranya view Cassey Neistat. Dia dah ada 10 juta lebih Subs (pada masa aku tulis blog ini) Setiap hari Selasa biasanya dia buat Tech Tuesday di mana dia buat review produk-produk yang diberikan secara percuma kepada dia oleh syarikat-syarikat tertentu.

OKlah kalau dah sampai sini cuba tengok korang click You Tube Channel ni dan click SUBSCRIBE, TEKAN LOCENG, LIKE dan SHARE

 

 

TIPS TAG BAGASI

Apakah habit anda untuk melabel bagasi khususnya jika anda hendak menaiki kapalterbang untuk ke destinasi anda. Ada orang yang bimbang jika bagasinya hilang semasa bagasi diuruskan oleh pihak lapangan terbang meletakkan info lengkap agar jika bagasi hilang pihak bertanggungjawab boleh menghantar ke alamat yang terdapat pada tag bagasi.

Sebenarnya ia merbahaya.

Apa-apa juga maklumat yang membolehkan seseorang/kumpulan yang berniat jahat dapat mengesan lokasi rumah/pejabat anda adalah lead kepada mereka. Malah pernah ada nasihat agar pass check in penerbangan pun perlu tidak wajar dimuatnaik ke media sosial kerana ia boleh mendedahkan maklumat sulit kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. Dengan teknologi hari ini, ruang untuk penjenayah melaksanakan jenayah mereka cukup luas dengan lead yang mencukupi.

Baru-baru ini viral di Whatsapp satu mesej dari British Airways menasihatkan semua penumpang penerbangan berhati-hati dengan tag bagasi mereka. Sila baca di bawah:

Tentu anda tidak mahu terjebak kan?

SELAM SCUBA DI TAMAN LAUT SULTAN ISKANDAR

Kawasan Taman Laut Sultan Iskandar yang telah diwartakan sebagai Taman Laut mengandungi beberapa lokasi yang menjadi syurga penyelam scuba. Unuk menikmati keindahab di bawah dasar laut di Taman Laut Sultan Iskandar, penyelam diperlukan mendapat kebenaran dari pihak Taman Laut itu sendiri dengan dikenakan fi yang membolehkan penyelam buat “unlimited dive” selama 7 hari.

Sewaktu berada di Pulau Besar, beberapa orang daripada kami yang ada lesen PADI, telah dibawa oleh pihak penguatkuasa Taman Laut Sultan Iskandar ke kawasan Pulau Mensirip untuk membuat selaman.

dive7

Foto : Pulau Mensirip

Beberapa orang yan pula hanya turut serta bagi tujuan untuk membuat liputan aktiviti termasuklah blogger ini. Mujurlah tidak mabuk laut ketika berada di atas bot yang dibuai ombak.

Dive spot Pulau Mensirip adalah antara lokasi menyelam yang dibenarkan oleh pihak Taman Laut dan kami dimaklumkan bahawa di sinilah terdapat Johor mini yang diujudkan di dasar laut.

This slideshow requires JavaScript.

This slideshow requires JavaScript.

Slaid di atas : Kredit kepada penyelam yang share dengan anggota rombongan

TAMAN LAUT SULTAN ISKANDAR – DESTINASI PERCUTIAN YANG DAMAI

Apabila disebut hendak bercuti di pulau, pasti yang terlintas di kepala orang ramai ialah Pulau Perhentian, Pulau Tioman, Pulau Kapas, mungkin juga akan sebut Pulau Langkawi. Memang benarlah pulau-pulau tersebut dah gah dan popular sebagai destinasi percutian sama ada di kalangan rakyat tempatan mahupun pelancung luar negara.

Malaysia sebenarnya memilikki pulau-pulau yang indah sebagai destinasi percutian yang menawarkan pelbagai aktiviti berasaskan marin seperti snorkeling, selam scuba, berkayak, kembara pulau dan sebagainya.

Pada April 2018, saya berpeluang mengikuti satu rombongan Malaysian Travel Writers Association of Malaysia (TRAM) dengan kerjasama Tourism Johor untuk menikmati percutian di pulau-pulau yang terletak dalam kawasan Taman Laut Sultan Iskandar (TLSI) yang terletak di puar pesisir pantai timur Johor sekitar Mersing.

Pulau-pulau sekitar perairan pantai timur Johor ada yang sudah terkenal seperti Pulau Sibu, Pulau Rawa, Pulau Aur. Rombongan kami pula menerjah pulau lain yang kurang popular iaitu Pulau Besar dan Pulau Tinggi selama 3 hari 2 malam.

Rombongan kami bertolak dari MATIC di Jalan Ampang, Kuala Lumpur se awal jam 5.30 pagi menuju ke bandar Mersing sebelum menaiki bot laju ke Pulau Besar. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 8 jam dari Kuala Lumpur ke Mersing.

Dari jeti Jabatan Laut Johor di Mersing, kami menaiki bot laju yang setiap satunya memuatkan maksima 12 penumpang, membelah ombak dan sekali-sekali terhempas apabila bot meluncur atas ombak. Ia merupakan satu pengalaman baru bagi ramai daripada kami yang menjerit bukan kerana takut tetapi kerana keseronokan. Tempias air laut yang memercik setiap kali bot dilambung dan terhempas adalah rencah dan asam garam menaiki bot membelah laut itu.

Ketibaan rombongan ke Pulau Besar disambut oleh lagu ala Hawaii gitu yang dipersembahkan oleh pekerja Bayu Lestari Resort. di jeti persendirian mereka. Mujurlah tidak ada tarian gelek nampak pusat, mungkin ada anggota rombongan terjatuh laut kerana asyik.

Bayu Lestari Resort (BLR) adalah diantara resort yang terdapat di Pulau Besar selain Aseania dan D’Coconut ResortBayu Lestari Resort mengandungi chalet-chalet individu dan berciri privacy sesua untuk percutian keluarga, pasangan berbulan madu mahupun berkumpulan. Di samping chalet terdapat juga dua villa yang boleh memuatkan lebih ramai pengunjung ataupun keluarga yang ramai. Vila-vila dua tingkat tersebut terletak di pesisir pantai dan mengadap laut.

This slideshow requires JavaScript.

Sewaktu santai di Bayu Lestari Resort terasa sekali ketengangan dan jauh dari hiruk pikuk holiday makers kecuali desiran ombak yang tidak jemu-jemu menghempas pantai berpasir putih dan halus. Ternyata kebersihan pantainya begitu ketara sekali tanpa kelihatan sampah terdampar mahupun sisa plastik yang dihanyutkan oleh ombak.

Digital Camera

Foto : dari kamera blogger ini

Terletak di dalam kawasan Taman Laut, pembangunan Pulau Besar begitu terkawal sekali dari pembinaan yang di luar kawalan. Persekitaran semulajadinya masih terpelihara dibendung suasana damai dan selesa.

This slideshow requires JavaScript.

Foto atas: dari kamera blogger ini

This slideshow requires JavaScript.

Foto-foto atas : Ihsan Bayu Lestari Resort

Di samping Bayu Lestari Resort terdapat juga tiga buah lagi resort yang terletak tidak jauh darinya. Aseania Resort, D’coconut Resort dan Besar Bagus Place yang kami lalui sewaktu island walkabout.

This slideshow requires JavaScript.

Slide atas: dari kamera blogger- Aseania Resort

This slideshow requires JavaScript.

Slide Atas : Dari kamera blogger ini – D’Coconut Resort

NOMBOR-NOMBOR UNTUK DIHUBUNGI

Tourism Johor

Suit 3-24, Johor Tourist Information Center (JOTIC)

No. 2 Jalan Air molek,

80000 Johor Bahru

Tel: =607 2234935 / +607 2249960 / +607 2241432

FAX: +6072237554

Website : tourismjohor.com

email : info@johortourism.com.my

Pejabat Laut Mersing

+607 7991176

Pusat Taman Laut Mersing

+607 7991161

Bayu Lestari Resort

+607 3583399

+6013 6454450

Aseania Beach Resort

+607 7970057 / +607 7970058

website : http://www.aseaniabeachresort.com.my

D’Coconut Beach Resort

Tel: +603 42526686 / +603 42965753

Fax: +603 42522689

website: dcoconut.com

email : rsvn@dcoconut.com

 

 

DARI BLOG KE VLOG

Blogging ni dah lama dah sejak tahun 2014 lagi aku dah mula jinak-jinak dengan blog. Mula tu dengan Tumblr tapi tak aktif sangat di situ dan tak tahu pun itu blogging. Kemudian apabila membaca satu post dari rakan sekerja yang terlibat dalam usaha membantu mangsa Tsunami di Pulau Phi Phi pada Disember 2004 baru aku mula serius nak berblog. Mula jinak dengan blogspot. Mula menulis blog bahasa Inggeris iaitu Nasi Lemak Roti Canai Teh Tarik  

This is the first post  iaitu pada 4 April 2006.

Pada  5 Mei 2006 pula lahir blog tentang travel  mykembara. kerana aku banyak travel untuk menjalankan tugas.

Setelah beberapa lama Ummph untuk menulis blog mula menjadi dingin dan posting pun sekali sekala sahaja. Apa lagi bila dah tidak banyak travel maka bahan untuk menulis semakin kurang. Mati idea.

Tiba-tiba sewaktu merayau-rayau kat You Tube dan menonton beberapa You Tubers bervlog, maka timbul pula minat untuk menceburi vblogging pula.

Tak susah sebenarnya sebab cuma tukar medium dari menulis kepada ambil video. So, aku banyak buat pembacaan dalam internet tentang How to vlog dan juga menonton video-video di You Tube How to Start Vlogging.

Dah lama juga ada profile kat You Tube tetapi tidak upload video secara serius pun. Bila timbul keinginan untuk vlogging baru aku ujudkan satu Channel baru atok vlog dan inilah Fish Spa Sungai Luanti .

atokvlogMemang boleh gunakan camera handphone untuk merakam video tapi lebih selesa kalau ata kamera khususnya untuk tujuan vlog ni. Bila guna handphone dah jadi mcm olskol la sebab semua org yang nak merakam video akan guna handphone. Tak salah pun cuma nak satu kelainan je.

So, belilah satu camcorder murah je dari shopee.my. Tak tahulah berapa harga sebenar kerana konon-kononnya potong sampai 80% dari harga asal sampai 3k lebih. Camcorder branded pun tak sampai harga mcm tu kan? But tak kisahlah at least ada gadget untuk rakam video dan ambil foto sekali. Handphone jadikan sebagai backup saja. Nak tahu camcorder murah apa yang aku pakai rakam video untuk vlog kenalah pergi ke vlog aku hehehe. Subscribe lah, Then Like dan kalau nak share pun go ahead. Tengok sampai habis tau sb semua video vlog aku ada camera credit. So kat situ bolehlah nilai quality hasil rakaman yang aku tak banyak setting, just basic setting dan auto white balance.

LOGO AV 1

 

NAK TIKET PENERBANGAN EMIRATES PERCUMA?

Jadi anda sampai ke blog saya ini sebab nak tiket PERCUMA ke? Sebab ianya viral kat Whatsapp. Sebenarnya anda dan saya juga sama satu kaapal. Mula tu termakan jugalah tengok mesej tentang Emitares menawarkan tiket percuma tu. Siapa tak nak kalau dapat terbang percuma kan? Tapi sebelum saya terus mempercayai mesej itu saya semak dulu dalam internet untuk mengesahkan kerana sebelum ini pernah juga berlaku scam seperti itu melibatkan Airasia.

Setelah menyemak dalam internet maka sahlah ianya hanya scam. Adalah pihak yang tak bertanggungjawab nak cari duit melalui kaedah PPC. Pay Per Click. Jadi jika anda click URL yang diberikan itu bermakna anda telah memberikan individu itu duit percuma walaupun duit itu bukan dari poket anda.

Di bawah adalah screen capture Berita tentang scam berkenaan yang disiarkan di Khaleej Times, Dubai.

Capture

Apabila anda sudah mengetahui yang mesej diviralkan itu scam atau hoax, harap anda abaikan dan biar ia terus jadi sampah. Dah tak ada faedah nak terus sebarkannya.

Sebenarnya selepas anda click link yang diberikan itu, anda akan dibawa ke page di bawah. Anda hanya perlu jawab Yes atau No kepada soalan yang diberikan.

Tentu ada yang akan pertikai tentang komen-komen “pembaca” yang semuanya menunjukkan bahawa contest ini adalah benar. Anda kena faham ini internet. “Pembaca” yang ada gambar mereka itu mungkin hanya diletakkan oleh scammer untuk meyakinkan mangsa bahawa ianya betul. Ia adalah satu usaha scammer berkenaan meletakkan gambar sesiapa sahaja atau kawan-kawan yang sama-sama ingin scam duit pengguna internet lain dari seluruh dunia.

Saya dah sebut tadi tentang kaedah PPC atau Pay Per Click.  Mereka yang mencari duit kaedah ini ramai yang jadi jutawan hanya melalui pengguna internet yang click link yang mereka sebarkan. 

KT14366114

Jurucakap pihak Emirates telah mengeluarkan kenyataan melalui akhbat Khaleej Times 

“Emirates has become aware of fraudulent websites claiming to offer free airline tickets to those who take an online survey. We advise consumers not to click on, or share these links on social media. Emirates is investigating the source of the scam and will take appropriate legal action against the perpetrators.”

DAH 3D PULA DAH

Mencari ilmu tidak pernah tamat. Ini kerana ilmu yang Allah turunkan tiada hadnya dan terpulanglah kepada makhluknya untuk mengejar ilmu itu atau tida,

Peluang mendapat ilmu baru tersebar dalam group Whatsapp, dan malam itu juga aku menyatakan keinginan untuk mengikutinya. Ilmu barulah katakan dan berkaitan dengan IT pula tu, satu-satu bidang yang memang aku minat walaupun bukan line kerjaya aku sebelum ini. Dari bidang sports beralih terus ke IT

Ilmu baru ini pun berkaitan dengan grafik juga. Dulu dah belajar Adobe Photoshop kemudian pergi pula Adobe Illustrator dan kini belajar menggunakan software 3D pula. Berbanding Photoshop dan Illustrator, 3D printing masih tidak ramai yang mempelajarinya.

Kursus diadakan di Pusat Internet Satu Malaysia di bandar Changloon Kedah. Dekatlah tu dengan Universiti Utara Malaysia.

Hari pertama diperkenalkan software untuk merekacipta model untuk 3D. Software yang digunakan ialah Sketchup Make 2017. Sketchup ni ada dua versi, satu versi Percuma dan datu lagi versi Sketchup Pro. Dah Pro semestinyalah kena beli lesennya.

Sampai di PI1M dengan penuh semangat nak belajar ilmu baru, tapi nampak mcm tidak ada orang je. Baru tahu rupanya peserta yang hadir hanya 4 orang sahaja. Aku seorang sahaja lelaki. Betapa ruginya bagi mereka yang tidak mahu merebut ilmu baru, apa lagi ianya disediakan secara Percuma. Inilah sikap orang Melayu, tidak mahu mengambil kesempatan.

Hari pertama belajar basic menggunakan Sketchup dengan membuat projek pertama keychain.

Design pada kompuer adalah seberti berikut sementara foto kedua merupakan printout- 3D tu.

P_20171107_122940

PRINT RESULT

Hari Kedua belajar dan melihat demonstrasi printer 3D, antara printer yang ada di pasaran. Inilah bentuk printer berkenaan

PRINTER

Di bawah ini ialah “ink” untuk printer 3D. Kalau sebut ink tentu kita bayangkan cecair berwarna. Untuk 3D printing “ink”nya adapah jaluran plastik yang akan dicairkan dan membentuk corak berasaskan 3 Dimensi, # Dimensi maksudnya ada width, length dan height.

PRINTER INK (1)

Projek untuk hari kedua ialah membuat rumah. Haha, aku dah nampak satu peluang baru untuk buat part time ni. Dulu masa belajar Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator, aku memang dah nampak peluang buat part time dalam designing. Bolehlah buat design beberapa banner dan poster untuk sebuah kedai printing di Jitra ni secara part time.

Sementara tunggu instructor tiba, aku pun mainlah Sketchup dan inilah hasilnya. 3D design sebuah rumah setingkat.

WhatsApp Image 2017-11-08 at 3.59.52 PM

Aplikasi komputer ni akan pudar dari ingatan kita jika tidak buat latihan. So bila dah balik rumah mengadaplah komputer dan trylah latih guna ilmu yang dipelajari. Inilah hasilnya. Dua hari punya kerga.

mansion5

mansion 1mansion 8

Hahahaha, boleh cari makan tak? Shhhhh, 30% kot adalah copy n paste. Aku cuma design mansion 3 tingkat itu sahaja. Errrrr, bukan mansion tu, Actually pagar dan laman saja. hahahahaha. Insyaallah dengan latihan yang bersungguh-sungguh aku akan berjaya merekacipta.

By the was yang ini aku buat sendiri 100% kecuali grill sebab grill tu aku beli (baca sebagai download) dari 3D Warehouse yang support Sketchup

Cadangan Tambahan

 

 

CIT CAT KRIPTO

TELEMMGLPICT000084440620-large_trans_NvBQzQNjv4BqqVzuuqpFlyLIwiB6NTmJwe1cjL4FqbBkljPDgQ6U0lk

Image credit BLOOMBERG

Semakin banyak orang memperkatakan tentang Bitcoin sekarang.  Dulu masa mula-mula ia dikeluarkan pada tahun 2009 rasanya ramai yang akan memandang serong sebagai satu lagi bentuk scam yang akan menjerat ramai orang khususnya di internet.

Bitcoin yang dikeluarkan pada Januari 2009 dan sehingga Mac 2010, tidak ada apa-apa nilai dalamnya kerana tidak ada perdagangan dalam pasaran. Ia hanya digunakan sebagai satu hobi sahaja tanpa apa-apa nilai di dalamnya

Hanya pada 22 Mei 2010 seorang yang bernama Laszlo Hanyecz membuat transaksi pertama di dunia menggunakan Bitcoin (BTC) apabila beliau membeli dua biji pizza di Jacksonville, Florida sebanyak 10,000 BTC. Pada ketika itu nilai 1 BTC baharu bernilai USD 0.003 dan pada masa posting ini ditulis (31 Julai 2017) nilainya sudah menjadi USD 2,721.98 dalam Cryptocurrency market. Jika sesiapa yang hari ini memegang 10 Bitcoin yang pada masa beli Julai 2010 dengan nilai hanya USD 0.07 cent, hari ini bernilai USD 272,198.00. Tukarkan je ke matawang MYR.

Bitcoin adalah merupakan satu cryptocurrency iaitu aset digital yang boleh diperdagangkan di pasaran bebas ciptaan Satoshi Nakamoto.

Walaupun ia baru muncul pada tahun 2009 tetapi kewujudan bentuk matawang krypto sudah bermula dan digunakan sebelum itu lagi seperti ecash dan hashcash.

Kryptocurrency ialah matawang dalam bentuk digital yang dicipta menggunakan kod open source  dengan ciri-ciri keselamatan dan dalam banyak perkara adalah anonymous. Ianya lahir daripada hasil terciptanya teknologi  pada masa Perang Dunia Kedua, iaitu satu keperluan komunikasi yang selamat. Cryptograhpy berkembang diera digital menggunakan elemen teori matematik dan sains komputer sebagai satu bentuk komunikasi, informasi dan matawang dalam talian.

Persoalan sekarang sejauh mana Cryptocurrency akan menjadi matawang antarabangsa di era digital? Sejauh mana ianya selamat digunakan sebagai nilai pertukaran kerana cryptocurrency ini adalah matawang yang amat rapuh. Kemajuan teknologi dan ilmu internet biasa sahaja mengundang hacker untuk menceroboh ke dalam sistem dan menghancurkan segala data yang ada menjadikan cryptocurrency ini tidak bernilai.

Cryptocurrency pada mata kasar kita hanyalah halimunan. Kita tahu ianya ada tetapi tidak dapat disentuh, dirasa dan dilihat seperti matawang Fiat yang kita sedang gunakan sekarang. Cryptocurrency tidak bersandar pada apa-apa berbanding matawang Fiat yang bersandar kepada Emas.

Walaupun sejak ianya dicipta hingga ke hari ini, Cryptocurrency tidak bersandarkan kepada apa-apa logam bernilai, tetapi pada suku pertama tahun 2017, 1 BTC sudah pun melepasi harga 1 auns emas buat pertama kalinya.

Apa pun mahu tidak mahu kita mungkin “dipaksa” menggunakan cryptocurrency sebagai medium jual beli dan kegiatan ekonomi pada masa depan. Asasnya kita lihat pada evolusi matawang sejak ianya lahir dari sistem perdagangan “barter” kemudian penggunaan logam sebagai medium pertukaran sehinggalah terciptanya matawang Fiat iaitu matawang kertas. Apabila teknologi semakin berkembang dan era digital dibangunkan, maka wang Fiat semakin diambilalih oleh kad plastik iaitu penggunaan kad kredit dan kad debit. Jadi tidak salah jika kita hendak katakan bahawa lambat laun wang plastik ini pun akan diambilalih oleh matawang Crypto. Ini berdasarkan semakin banyak urusan perniagaan sudah menerima Bitcoin sebagai menggantikan wang Fiat.

Keyakinan penggunaan matawang crypto ini akan menjadi kenyataan ialah berasaskan hari ini banyak urusan perniagaan sudah tidak lagi melibatkan pertukaran wang fizikal dari satu tangan ke satu tangan, sebaliknya menggunakan medium internet untuk melakukannya tanpa melihat dan memegang sebarang wang dalam bentuk fizikal. D Jepun, pada bulan Januari 2017, NHK melaporkan bahawa terdapat peningkatan 4.6 kali berbanding tahun 2016 dari segi kedai-kedai dalam talian menerima Bitcoin.

Cuma mungkin sebelum matawang crypto dapat digunakan, modalnya masih lagi memerlukan wang fizikal untuk membelinya sebelum ia membiak dalam pasaran Cryptomarket yang akhirnya menjadikan matawang fizikal tidak diperlukan lagi oleh seseorang.

money-evolution

.Kredit Imej : http://onecoinpelaburbijak.blogspot.my/

Apa yang kita harapkan sekarang kerajaan negara-negara di dunia akan menjadikan penggunaan matawang Crypto sebagai satu legal tender seiring dengan mata kertas. Ini kerana matawang Crypto tidak boleh dicetak sesuka hari seperti matawang kertas yang boleh dicetak apabila lebih banyak wang diperlukan dan mengakibatkan berlakunya inflasi.

Berapa banyak Bitcoin kah yang boleh dimasukkan ke dalam pasaran?   Mengikut satu informasi dalam internet akan ada hanya 21 juta Bitcoin dan apabila jumlah itu sudah dicapai, plat mencipta Bitcoin akan musnah dengan sendirinya. Apakah ni bermaksud ia akan mengawal inflasi masa depan?

Once it was released into the wild, the bitcoin currency ecosystem operated on a public, inalterable schedule. We know exactly how many bitcoins there are in existence today (12,446,725) and how many there will eventually be in total: when the 21 millionth bitcoin is minted, the plates automatically self-destruct.Mar 5, 2014

Dalam pasaran Cryptocurrency hari ini sudah terdapat ratusan cryptocurrency yang membolehkan pengguna membeli Bitcoin.

10 Cryptocurrency yang popular (semasa blog post ini ditulis 31 Julai 2017) ialah:

  1. Bitcoin
  2. Ethereum
  3. Litecoin
  4. Monero
  5. Ripple
  6. Dogecoin
  7. Dash
  8. Siacoin
  9. Zcash
  10. EOS

Rujukan: CoinGecko

Sementara itu di negara kita antara yang populas ialah Bitcoin, Ethereum dan Dogecoin. Namun ada satu lagi Cryptocurrency yang dijangka menambah arus dalam pasaran Cryptocurrency ialah LCFHC yang berpusat di Shenzen, China yang akan mengeluarkan LCF Coin atau Phoenixcoin. Buat masa ini mereka belum lagi membuat apa-apa pelancaran dan dicadangkan pada bulan September 2017.

Baca juga maklumat tentang Cryptocurrency DI SINI.

 

footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: